Friday 23 November 2012

Kekejaman Israel Laknatullah...


 فاءن تولوا فقل حسبي الله لا اله الا هو عليه توكلت وهو رب العرش العظيم
اللهم انصر اخواننا المجاهدين و المستضعفين
اللهم ثبت قلوبهم على دينك وطاعتك

Pelbagai serangan udara telah membunuh 11 orang dan mengakibatkan 70 orang lagi cedera di Semenanjung Gaza setelah serangan oleh Israel masuk hari ke enam. Muhammed Iyad Abu Zour, 4, Abu Zour, 19, Ahed Al-Qatati, 38, dan Sahar Abu Zour syahid setelah serangan udara Israel membedil sebuah rumah di Hayyu al-Zaitun di Bandar Gaza.

Muhammed Salameh Jundi, 31 syahid di Hayyu al-Shujaiyeh, Imad Abu Hamda, 30 syahid di kem pelarian al-Shati manakala Jalal Nasr, 35 pula syahid akibat kecederaan semasa serangan di Jabalia, di utara Gaza. Seorang bayi berusia 18 bulan, Rama al-Shandi pula dilaporkan syahid dalam satu serangan.
30 orang yang lain turut tercedera dalam serangan-serangan yang dilakukan Israel. Menurut wartawan di Bandar Gaza, sebuah letupan pada jam 2 pagi telah merosakkan sebuah balai polis.

Di Rafah, Sabha al-Hashash, 60 syahid dan 3 orang lagi cedera apabila pesawat tentera Israel mengebom rumah Mahmoud al-Hashash. Mangsa yang cedera dibawa ke hospital. Serangan kedua yang disasarkan di utara Rafah menyebabkan Ahmad Hussein Agha dan Saif al-Sadiq syahid manakala seorang lagi cedera. 

Memetik kata-kata jurucakap tentera Israel, beliau mengatakan tiada laporan sebarang serangan roket di Israel sejak lewat malam tadi.

GENCATAN SENJATA

Setiausaha Agung UN Ban Ki-moon akan ke Kaherah bagi mambincangkan tentang usaha gencatan senjata yang diusahakan Mesir. Beliau menyatakan kesedihannya tentang pembunuhan keluarga al-Dalou. "Ini perlu dihentikan," beliau berkata dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam. "Saya menggesa semua pihak untuk bekerjasama dalam usaha Mesir bagi mencapai gencatan senjata."


Israel telah mengebom rumah keluarga al-Dalou menyebabkan 11 orang awam syahid, 4 orang daripadanya kanak-kanak.

Izzat Risheq, salah seorang pemimpin Gerakan Perjuangan Islam (HAMAS), mengatakan HAMAS akan bersetuju bagi mencapai gencatan senjata hanya selepas Israel memberhentikan pencerobohan, menamatkan polisi sasaran pembunuhan dan membebaskan Gaza dari sekatan.
Manakala Timbalan Perdana Menteri Israel, Moshe Yaalon pula menulis di laman tweeternya, "Jika keaadan di selatan tenang dan tiada roket atau missile disasarkan terhadap rakyat Israel, kami tidak akan menyerang."

No comments:

Post a Comment